WELCOME FRIEND....





Welcome to my blog....lets enjoy..!!!



Monday, March 28, 2011

ANUGERAH RESIT BERPUAKA...!!!!


Hari ini terkota lah janji2 En arif tentang hadiah bernilai RM50. Maka dengan itu 2kpg RM50 itu telah bertukar tangan...dari tangan Rin ( kat bawah) ke tangan Ani dan seterusnya ke tangan makhluk 2 orang nih...Gambo disediakan(sila ambil perhatian)


Kat kepala hotak ni dah pikir macam2 nih...KFC ade,,,Mc D ade,,,,paling koman2 pon Goreng pisang,,,tp yg gred A lah!!!!!!


Takpe,,,ape2 pon kita tengok hasilnya nanti...KOJUTANNNNNNN!!!!!!!!!!.......

Thursday, March 17, 2011

RADIASI OOOO RADIASI

Radioaktif terbentuk melalui proses penguraian elemen-elemen kimia dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Walaupun radioaktif terdiri daripada isotop, tetapi bukan semua isotop adalah radioaktif kerana kebanyakannya adalah elemen biasa.
Ada empat jenis radiasi yang perlu diberi perhatian iaitu alfa, beta, gamma dan neutron. Setiap jenis radiasi memerlukan bentuk perlindungan yang tidak serupa kerana ia menunjukkan sifat dan kesan berbeza seperti berikut:
Radiasi alfa - Ia tidak dapat menembusi kulit dan mampu disekat dengan hanya menggunakan sehelai kertas, bagaimanapun, ia sangat sensitif dan mampu mengundang bahaya kepada paru-paru.
Radiasi beta - Radiasi ini dapat menembusi badan manusia tetapi tidak mampu menembusi lapisan kertas aluminium.
Radiasi gamma - Juga dapat menembusi badan manusia. Sinarannya yang lebih kuat memerlukan beberapa meter plumbum atau konkrit untuk menyekat penembusannya.
Radiasi Neutron-Biasanya berlaku di dalam reaktor nuklear dan mampu menembusi plumbum dan konkrit.
Radiasi alfa, beta dan gamma pada kadar yang rendah secara semulajadinya adalah sebahagian daripada alam sekitar dan mungkin wujud dalam beberapa klasifikasi sisa.Sisa radioaktif terdiri dari pelbagai jenis elemen yang memerlukan cara pengendalian dan pengurusan berbeza. Biasanya, sisa radioaktif diklasifikasi kepada tiga iaitu sisa tahap rendah (sisa dari hospital, makmal dan industri seperti industri tenaga nuklear) dan sisa tahap sederhana (mengandungi lumpur kimia, komponen reaktor dan resin).Manakala sisa tahap tinggi pula terdiri daripada sisa bahan api yang telah digunakan dan elemen berat yang mempunyai tahap radioaktif yang tinggi. Jenis sisa ini bergantung kepada jumlah dan jenis bahan radioaktif yang terkandung di dalamnya.
Faktor lain yang perlu diberi perhatian untuk menguruskan sisa radioaktif adalah berdasarkan tempoh masa ia kekal sebagai bahan berbahaya sehingga menemui satu jangka waktu yang dipanggil separuh hayat. Dalam tempoh berkenaan, bahan radioaktif akan mengurai sedikit demi sedikit untuk mengurangkan tahap bahaya sehingga keadaannya stabil dan tidak membahayakan; dan proses ini memakan masa dari beberapa saat ke berjuta-juta tahun tertakluk kepada jenis isotopnya.
Kita terdedah kepada bahaya bahan radioaktif setiap hari namun kesannya yang tidak ketara pada tempoh permulaan tidak memberi peluang kepada pencegahan dan rawatan awal. Mungkin kita tidak sedar ketika berdepan dan menggunakan produk berasaskan bahan yang dikategorikan sebagai radioaktif, malah kita juga mungkin tidak pernah tahu, bahan radioaktif ini digunakan sebagai salah satu bahan utama. Ada banyak produk yang mengandungi bahan radioaktif seperti jangka suhu, bateri, minyak berplumbum, tali pinggang dan bahan kosmetik seperti krim muka. Pendedahan kepada bahan radioaktif untuk tempoh yang panjang boleh memberi kesan maut terhadap pengguna.
Begitu juga dengan sinar-X yang perlu kita jalani semasa membuat pemeriksaan kesihatan. Sinar-x adalah sinar gamma yang menunjukkan kesan lebih ketara berbanding sinaran lainnya. Atas sebab itulah, pakar perubatan sering mencadangkan, ujian sinar-X hanya boleh dilakukan enam bulan sekali dan tidak dibenarkan sama sekali dijalankan ke atas wanita mengandung. Sinar-X mampu membunuh sel dalam badan terutama sel yang baru terbentuk dan keadaan ini dikhuatiri akan menjejaskan struktur bayi di dalam kandungan.Begitupun, ada juga radioaktif yang digunakan sebagai bahan perubahan. Contohnya radium digunakan untuk merawat kanser yang pejal (radiasi radium secara kerap mampu memusnahkan tisu tumor dalam badan pesakit). Fungsi asasnya sebagai pemusnah sel digunakan untuk kebaikan dan kemajuan sejagat.
Toyama, sebuah bandar kecil di Pulau Honshu, di Chubu, menyimpan sejarah hitam apabila diserang sejenis penyakit ganjil akibat pencemaran kadmium dalam sistem perairan.Kadmium yang sering digunakan sebagai bahan saduran dan bahan utama pembuatan bateri, adalah sisa dari aktiviti perlombongan perak, plumbum, zink dan kuprum untuk kegunaan industri. Namun, sikap tidak bertanggungjawab syarikat berkenaan meninggalkan kesan amat menyedihkan kepada masyarakat desa ini.Penyakit ‘Itai-Itai’, sejenis penyakit yang menyebabkan badan pesakit menjadi lemah akibat keracunan kadmium yang menyerang sendi dan tulang belakang selain membantutkan fungsi buah pinggang sebagai penapis bahan asing dan asid sebelum masuk ke dalam saluran darah. Penyakit Minamata, sejenis sindrom neurologi yang disebabkan keracunan raksa turut menyebabkan simptom seperti ketidakstabilan pergerakan akibat kegagalan sistem serebelum otak untuk berfungsi dengan baik, gangguan deria rasa pada tangan dan kaki, pengurangan daya penglihatan dan pendengaran. Dalam kes teruk, ia boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan maut. Haiwan dan burung yang mempunyai habitat berhampiran kawasan berkenaan turut menerima nasib sama. Penyelidik mendapati penyakit ini berpunca daripada kandungan raksa yang tinggi dalam ikan. Hal ini adalah tanggungjawab syarikat menghasilkan produk plastik PVC (dan raksa digunakan sebagai pemangkin untuk membuat PVC). Kajian menunjukkan, makanan laut seperti ikan dan kerang boleh mengumpulkan raksa dalam badan tanpa menjejaskan kehidupannya.