WELCOME FRIEND....





Welcome to my blog....lets enjoy..!!!



Monday, September 13, 2010

LAWAK JENAKA...

EHWAN DGN 100 AYAM...

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan
kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya
(seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya
untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak
buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan
kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100
ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor
lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan
dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas
dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si
Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang
diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat
si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak
sakit kan?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka
nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."


KISAH SI KOBOI...
Al-Kisah...

Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :

Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".

Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :

Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.
Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.

Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :

Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.

Si Ular Berkata Dengan Tenang :

"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.

Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :

"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke
Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.

Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :

"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!.


MORAL : Masa Kat Sekolah Dulu Tak Ambil Subjek Pendidikan Moral .



Malu sendiri...

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.

NAmun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.

Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.

Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
"HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."JElasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur

"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"

"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna


Kisah 3 pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk
siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan
tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan
untuk
memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2
minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu
itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini
giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat
jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran
darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya,
nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",
kata
pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.
Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua
sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh
cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku
nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok
idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak".

Friday, September 10, 2010

TAKDIR CINTA

Ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
kuyakin ada cinta ketulusan hati

yang mengalir lembut
penguasa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh

pada sumur dosa yang terkutuk
dan menyesatkan cintaku
andaikan ku bisa
lebih adil pada cinta kau dan dia

aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini

ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh tuhan kuburlah hatiku

Tuesday, September 7, 2010

KISAH HABIL DAN QABIL

Menurut sesetengah ulama, Nabi Adam dan isterinya Hawa dikurniakan Allah dengan anak ramai . Dikatakan mereka mempunyai 120 orang putera puteri . Setiap kali Siti Hawa melahirkan anak pasti akan dikurniakan anak kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan . Menurut peraturan dan syariat Nabi Adam seperti yang dikehendaki Allah , putera puterinya akan dijodohkan antara satu sama lain .

Kembar pertama yang dilahirkan oleh Siti Hawa ialah Qabil dan Iklima. Kembar keduanya ialah Habil dan Labuda . Adik Qabil iaitu Iklima mempunyai rupa paras yang cantik jelita . Namun, Labuda tidak mempunyai rupa paras yang cantik seperti kakaknya .

Setelah putera puteri baginda meningkat dewasa , Nabi Adam mendapat satu wahyu yang sangat penting dari Allah . Menurut wahyu tersebut Allah memerintahkan Nabi Adam menjodohkan putera puterinya secara berselang seli . Ini bermakna Qabil mestilah berkahwin dengan Labuda dan Habil pula berkahwin dengan Iklima. Setelah menerima wahyu itu Nabi Adam segera memberitahu putera puterinya .

Namun puteranya Qabil tidak bersetuju dan terus membantah seraya berkata

Ayah! aku tidak bersetuju dengan keputusan ayah. Akulah yang berhak berkahwin dengan Iklima kerana dia lahir bersama-sama dengan ku”.

Qabil membantah kerana cemburu dengan terhadap adiknya, Habil. Setelah abangnya diam , Habil pula berkata

“ Ayah! Aku serahkan perkara ini kepada Allah jika demikian perintah Allah” . Kata-kata Habil ini membuatkan abangnya itu bertambah marah .

Nabi Adam diam mendengarkan kata anaknya itu . Tapi Qabil terus membantah sambil berkata

Tidak ayah..aku tetap tidak bersetuju…kalau ayah meneruskan juga beerti ayah mengasihi Habil dan membenciku”.

Nabi Adam merasa serba salah dalam menghadapi masaalah menjodohkan anaknya . Setelah berfikir panjang , Nabi Adam pun memberi cadangan

“ Wahai putera-puteraku..kamu berdualah pergi minta keputusan dari Allah dengan membawa korban mu masing-masing . Barang siapa korbannya diterima Allah , maka dia lah yang benar ”

Pada keesokan harinya kedua-dua putera Nabi Adam itu segera pergi ke tempat yang Nabi Adam sering sujud kepada Allah . Qabil membawa sehidang buah-buahan dan tanam-tanamannya yang rosak dan busuk sesuai pekerjaanya sebagai seorang petani. Maka Habil pula membawa seekor kambing yang paling disayanginya sesuai pekerjaannya sebagai pengembala. Kedua-duanya meletakkan korban masing-masing ditempat yang disediakan .

Tidak lama kemudian, turunlah api tanpa asap menyambar korban yang dipersembahkan oleh Habil. Korban Qabil langsung tidak terusik dan berada di tempatnya . Ini bererti korban Habil diterima dan Habil lah yang benar dan dialah yang patut berkahwin dengan Iklima .

Keputusan dari Allah ini tidak juga membuat Qabil berasa puas malah dia semakin geram dan dendam terhadap adiknya .

Di saat inilah iblis mula menusukkan jarumnya. Iblis mula menghasut Qabil agar membunuh Habil dan menghapuskannya terus dari muka bumi ini.

Dengan keputusan dari langit yang menerima korban Habil dan menolak korban Qabil maka pudarlah harapan Qabil untuk mempersandingkan Iqlima tidak puas dengan keputusan itu namun tidak ada jalan untuk menyoalkan. Ia menyerah dan memerainya dengan rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam terhadap Habil yang akan dibunuh di kala ketiadaan ayahnya.

Ketika Adam hendak berpergian dan meninggalkan rumah beliau mengamanahkan rumahtangga dan keluarga kepada Qabil. Ia berpesan kepadanya agar menjaga baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama ketiadaannya. Ia berpesan pula agar kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga terpelihara baik-baik jangan sampai terjadi hal-hal yang mengeruhkan suasana atau merosakkan hubungan kekeluargaan yang sudah akrab dan intim.

Qabil menerima pesanan dan amanat ayahnya dengan kesanggupan akan berusaha sekuat tenaga menyelenggarakan amanat ayahnya dengan sebaik-baiknya dan sempurna berpergiannya akan mendapat segala sesuatu dalam keadaan baik dan menyenangkan. Demikianlah kata-kata dan janji yang keluar dari mulut Qabil namun dalam hatinya ia berkata bahawa ia telah diberi kesempatan yang baik untuk melaksanakan niat jahatnya dan melepaskan rasa dendamnya dan dengkinya terhadap Habil saudaranya.

Tidak lama setelah Adam meninggalkan keluarganya datanglah Qabil menemui Habil di tempat penternakannya. Berkata ia kepada Habil:

"Aku datang ke mari untuk membunuhmu. Masanya telah tiba untuk aku lenyapkan engkau dari atas bumi ini."

"Apa salahku?" tanya Habil. Dengan asalan apakah engkau hendak membunuhku?"

Qabil berkata:"Ialah kerana korbanmu diterima oleh Allah sedangkan korbanku ditolak yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang cantik dan molek itu dan aku harus mengahwini adikmu yang buruk dan tidak mempunyai gaya yang menarik itu."

Habil berkata: "Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima korbanku dan menolak korbanmu? Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yang diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan? Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan! Kawalah perasaanmu dan fikirlah masak- masak akan akibat perbuatanmu kelak! Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa yang menyerahkan dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni. Adakah mungkin sesekali bahawa korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yang telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari perternakanku yang paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dengan tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah.

Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang telah dibisikkan kepadamu oleh Iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diredhainya.Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku."

Nasihat dan kata-kata mutiara Habil itu didengar oleh Qabil namun masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan sekali-kali tidak sampai menyentuh lubuk hatinya yang penuh rasa dengki, dendam dan iri hati sehingga tidak ada tempat lagi bagi rasa damai, cinta dan kasih sayang kepada saudara sekandungnya. Qabil yang dikendalikan oleh Iblis tidak diberinya kesempatan untuk menoleh kebelakang mempertimbangkan kembali tindakan jahat yang dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengkin didalam dadanya mulai akan padam dikipasinya kembali oleh Iblis agar tetap menyala-yala dan ketika Qabil bingung tidak tahu bagaimana ia harus membunuh Habil saudaranya, menjelmalah Iblis dengan seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati. Contoh yang diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habil di kala ia tidur dengan nyenyaknya dan jatuhlah Habil sebagai korban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia.

Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya.ia tidak tahu apa yang harus diperbuat dengan tubuh saudaranya yang semakin lama semakin busuk itu. Diletakkannyalah tubuh itu di sebuah peti yang dipikulnya seraya mundar-mundir oleh Qabil dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu tubuh jenazah Habil yang sudah busuk itu.

Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama kerana ditolong oleh suatu contoh yang diberikan oleh Tuhan kepadanya sebagaimana ia harus menguburkan jenazah saudaranya itu.Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri: "Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?"

Kemudian kembalilah Adam dari perjalanan jauhnya.Ia tidak melihat Habil di antara putera-puterinya yang sedang berkumpul. Bertanyalah ia kepada Qabil:

"Di manakah Habil berada?Aku tidak melihatnya sejak aku pulang."

Qabil menjawab: "Entah, aku tidak tahu dia ke mana! Aku bukan hamba Habil yang harus mengikutinya ke mana saja ia pergi."

Melihat sikap yang angkuh dan jawapan yang kasar dari Qabil, Adam dapat meneka bahawa telah terjadi sesuatu ke atas diri Habil, puteranya yang soleh, bertakwa dan berbakti terhadap kedua orang tuanya itu. Pada akhirnya terbukti bahawa Habil telah mati dibunuh oleh Qabil sewaktu peninggalannya.Ia sangat sesal di atas perbuatan Qabil yang kejam dan ganas itu di mana rasa persaudaraan, ikatan darah dan hubungan keluarga diketepikan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu dan bisikan yang menyesatkan.

Menghadapi musibah itu, Nabi Adam hanya berpasrah kepada Allah menerimanya sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniai kesabaran dan keteguhan iman baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabil.

Al-Quran mengisahkan cerita kedua putera Nabi Adam ini dalam surah"Al- Maaidah" ayat 27 sehingga ayat 32

Wallahua’lam

Monday, September 6, 2010

Mee Rebus....


"Mama...Kakak nak mee rebus"....Mak ai..anak aku punya oder...dah pukul 5ptg baru die mintak mee rebus. Memang sebelom tu pon kitaorg sllu beli mee rebus...maybe die suka sgt....
"Ok lah sayang...hari ni Mama yang masak kan ye..."....terus aku start motor...Atira mestilah nak ikot...Pegi kedai Wan ( depan sekolah kebangsaan sungai mas )...beli mee kuning sebungkus,,tauhu,,taugeh,,udang kering,,lada,,daun sup,,limau kasturi,, kemudian g kedai kat simpang papan timur...beli keledek singgit...!!!!
Sampai kat umah kitaorg pon terus masak...Atira ditugaskan potong ekor taugeh..hehehehkkkk
langkah 1=bawang merah+bawang putih+serbuk kari+lada kering+buah keras+udang kering= blender sumenya....pastu tumis dalam periuk!!!!
Langkah2=Rebus kledek then blender....campur dgn tumisan bawang tadi,,,masukkan air,,garam,,ajinomoto,,gula,,asam keping....rasa sampai jadi macam rasa mee rebus yang sedap...!!!!!
Langkah 3= Rebus mee,,(ni asal usul nama mee rebus )
Langkah 4=Goreng tauhu then potong,, bawang goreng,,daun sup,,lada,,limau...
ok siap...
remaks **bleh taruk serai,lengkuas or halia lah...aritu masa aku buat semua benda ni takde kat umah...so tak taruk pon takpe
**Buah keras tu function die nak bagi lemak kan lagi kuah tuh...sbb mmg kita tak pkai santan...
**Mee rebus ni mmg manis sikit....
Ok lah...sapa2 nk cuba mee rebus ni try la buat sendri...tak susah pon kan...ada kala org taruk tetel ke...ayam ke...ataupon udang basah...up to you la nk pelbagaikan camana...
Ataupon sapa2 nk makan mee rebus...datang la umah aku...chow..!!!