WELCOME FRIEND....





Welcome to my blog....lets enjoy..!!!



Sunday, December 19, 2010

Hak Penjagaan ke Atas Anak Selepas Perceraian :



“Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.” Perkahwinan adalah ikatan yang suci diantara suami dan isteri, namun disebabkan tiada lagi persefahaman maka ramai pasangan yang memilih jalan pintas untuk berpisah daripada duduk berbincang meleraikan kekusutan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Perbuatan halal yang sangat dibenci oleh Allah ialah talak (perceraian).” Perceraian dibenarkan dalam Islam atas sebab-sebab tertentu seperti suami isteri sudah tidak lagi bahagia hidup bersama disebabkan masalah komunikasi, penderaan fizikal atau emosi, masalah seksual atau tidak memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam berumahtangga sehingga menimbulkan pertelingkahan.

Islam menetapkan sekiranya memilih untuk bercerai, ia perlulah dilakukan dengan tertib dan beradab. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud: “Talak (yang dapat dirujuk dua kali). Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang makruf atau menceraikan dengan cara yang baik.” Namun begitu, tidak ramai yang berbuat demikian. Kebanyakannya sanggup membuka pekung di dada, menceritakan keburukan pasangan hatta apa yang berlaku di dalam selimut pun sanggup diceritakan tanpa segan silu.

Malah yang lebih menyedihkan ialah apabila berlaku perceraian hak penjagaan anak seringkali menjadi rebutan dan nafkah anak tidak ditunaikan. Oleh sebab itu, bagi menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup anak agar dapat terus hidup dengan tenang dan gembira, penting bagi pasangan mengetahui tentang hadhanah (hak jagaan anak).

Hadhanah bermaksud pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.

Dalam Islam, tanggungjawab memelihara anak terletak dibahu ibu bapa. Apabila berlaku perceraian, timbul persoalan siapakah yang akan memikul tanggungjawab tersebut.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar:
“Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: ´Ya Rasulullah, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku´. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda: “Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain.” (Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis ini jelas menetapkan bahawa anak pasangan yang bercerai lebih berhak berada di bawah jagaan ibunya berbanding ayahnya. Pertimbangannya adalah kerana tugas mendidik anak sesuai dengan sifat lahiriah ibu yang lebih penyayang, lebih tahu dan sabar mendidik dan mengasuh anaknya.

Menurut Seksyen 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUKIS) 2003, ibu adalah yang paling berhak berbanding segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

Namun begitu hak hadhanah yang diberikan kepada ibu boleh terlucut sekiranya si ibu tidak memenuhi salah satu syarat sepertimana berikut : “Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara iaitu berakal, merdeka, beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami dan bermukim. Sekiranya kurang salah satu syarat itu maka gugurlah hak hadhanah itu.”

Peruntukan Seksyen 83 EUKIS juga sejajar dengan maksud hadis di atas yang menyatakan bahawa seorang ibu itu akan hilang kelayakan menjaga anaknya jika dia berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak yang dijaga, ibu itu berkelakuan buruk yang keterlaluan dan terbuka, ibu itu sering bertukar tempat tinggal (tempat bermastautin) bagi menghalang bapa kanak-kanak tersebut menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, ibu itu murtad dan ibu itu didapati cuai dan menganiayai kanak-kanak tersebut.

Walaupun demikian, perlu dijelaskan bahawa walaupun ibu telah berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak yang dijaga, itu tidak bermakna hak jagaan anak akan berpindah kepada bapa kandung dengan mudah. Bekas suami perlu membuktikan bahawa perkahwinan semula bekas isterinya itu akan mengganggu anak mereka. Jika bekas suami ingin menggunakan mana-mana alasan di atas, mereka perlu mengemukakan bukti yang kukuh untuk dibawa ke mahkamah.

Apabila ibu hilang kelayakan menjaga maka hak jagaan anak itu berpindah kepada waris terdekat iaitu: nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya; bapa; nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya; kakak atau adik perempuan seibu sebapa; kakak atau adik perempuan seibu; kakak atau adik perempuan sebapa; anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa; anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu; anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa; ibu saudara sebelah ibu; ibu saudara sebelah bapa dan waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ´asabah atau residuari´.

Berapakah had umur anak yang boleh dijaga oleh ibu? Menurut hujah kitab Kifayah al-Akhyar, Juz 2, halaman 93: “Apabila mencerai seseorang lelaki akan isterinya dan ia mempunyai anak dengan isteri itu maka si isteri berhak memelihara anak itu sehingga anak itu berumur tujuh tahun (mumaiyiz).”

Fuqaha berselisih pendapat mengenai had umur mumaiyiz ini. Namun begitu, menurut kebiasaan, anak lelaki dianggap telah mumaiyiz apabila berumur tujuh tahun dan anak perempuan pula berumur sembilan tahun. Selepas itu anak diberi pilihan untuk memilih untuk tinggal bersama ibu atau bapa berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah s.a.w telah menyuruh seorang anak yang telah mumaiyiz supaya memilih sama ada ibu atau bapa yang dia suka tinggal.”

Menurut Seksyen 84 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, dianggap belum mumaiyiz bagi kanak-kanak lelaki ialah dari bayi hingga berumur enam tahun. Manakala kanak-kanak perempuan pula dari bayi hingga berumur lapan tahun. Ini bermakna kanak-kanak lelaki yang telah berumur tujuh tahun dan kanak-kanak perempuan yang telah mencapai umur sembilan tahun dianggap mumaiyiz. Walau bagaimanapun dalam Seksyen 84 (2) keputusan yang dibuat oleh anak tidak mutlak kerana Mahkamah boleh memerintahkan keputusan yang berlawanan dengan pilihan anak.

Walaupun berlaku perceraian, hubungan di antara anak dengan ibu dan bapanya tidak terputus. Hubungan itu kekal sebagaimana kekalnya tanggungjawab bapa memberi nafkah kepada anaknya walaupun bapa tidak mendapat hak penjagaan anak tersebut. Ini termaktub dalam Seksyen 72 EUKIS. Nafkah termasuklah menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pelajaran dan apa-apa keperluan anak tersebut.

Soal nafkah turut dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 di mana Allah berfirman yang bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian…”

Perebutan untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anak bagi pasangan yang bercerai tidak akan berlaku sekiranya mereka faham akan hak dan tanggungjawab masing-masing. Adalah baik sekiranya hak penjagaan anak dan nafkah mereka diselesaikan dengan cara yang tenang dan jelas sebelum perceraian difailkan di mahkamah.

Sekiranya ditakdirkan jodoh tidak panjang, mungkin ada hikmah disebaliknya. Janganlah rasa dendam dan marah pada pasangan dilepaskan pada anak yang tidak mengerti apa yang berlaku. Hak penjagaan anak perlulah diterima dengan rasa penuh tanggungjawab dan amanah untuk dilaksanakan.

Kebanyakan pasangan merasakan mereka perlu bersaing untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Apabila hak tersebut diberikan, mereka menganggap ia satu kemenangan dan yang kalah tidak berpuas hati. Eloklah direnungkan pandangan Syed Sabiq dalam kitabnya Fiqh as-Sunnah Juz 8 halaman 219: ”Sesungguhnya setiap penjaga dan anak jagaan masing-masing mempunyai hak. Akan tetapi hak anak atau kemaslahatan anak lebih penting daripada hak penjaganya.”

Wednesday, November 3, 2010

SATU JANJI

CINTA ITU IBARAT BAYANG-BAYANG...yang sentiasa mengekori hidupnya...keputusan untuk meninggalkan cinta demi menjernihkan keadaan...umpama hidupnya yang tiada berbayangan...
apakah....sepatutnya...CINTA ITU DITERUSKAN DENGAN SEPENUH KETIDAKSEMPURNAAN,,,DAN MENGHARAPKAN KEAJAIBAN...
Dia pegang janji itu...akan dia tinggalkan cintanya demi hidupnya...namun andai pengorbanan itu sia-sia..dia takkan teragak-agak untuk menoleh ke belakang semula....

Sungguh...dia sendiri tidak mengerti bila cinta itu hadir,,dia juga tidak tahu seutuh apakah cinta itu...dia juga jahil tentang dalam nya cinta itu...namun dia mengerti perasaan nya yang tidak ingin penderitaan menemani kekasihnya...tidak mengizinkan walau sedikit pun kekecewaan menyentuh hati kekasihnya...

Aku menyaksikan kisah itu....dia yang kali ini mencoba memegang janji...sekaligus juga menuntut kesetiaan...andai nya tulus,,maka dihujung jalan nanti kan terbit jua kebenaran cinta itu....

Sunday, October 24, 2010

Antara Dendam dan Cinta....

Hari ini aku ingin menulis....
Ku lihat hal ini semakin rumit..harus kujadikan sebagai satu pengalaman hidup...
Selalu nya kita lihat sepertinya terlalu mudah untuk sebuah perkahwinan itu terbubar...namun hakikat kenyataan rupanya....amat susah...!!!!
Antara sebuah ikatan yang dibina pada masa lampau yang diiringi dengan impian2 bahagia selamanya,,,adakah sekeping hati yang ikhlas itu dapat menerima sebuah kegagalan dalam hubungan ikatan itu..ternyata manusia memang benar2 jahil tentang perancangan tuhan...patutlah pepatah selalu menyebut..."KITA HANYA MERANCANG...NAMUN TUHAN YANG MENENTUKAN"
Bila segalanya dikembalikan pada yang Esa,,,hati akan segera tenteram...damai dan redha,,,namun bila kembali melihat nilai2 manusia itu sendiri api dendam dan kemarahan itu wujud semula...dalam kisah ini siapakah sebenarnya yang bersalah??????....Sejujurnya aku lah yang berdendam sejak mula dia menganggu hidupku...setelah selama ini pengorbanan kulakukan untuk dia hingga aku jua sanggup mempertaruhkan kehidupanku sendiri...tapi kalau ditanya padanya pasti jawapannya aku lah yang telah mengganggu hidupnya dan kesalahan itu benar2 diletakkan di atas kepalaku....
Imbas kembali...bagaimana ikatan itu terjalin....
Dia seorang yang kusut...seperti ada sesuatu dibenaknya yang tidak terlerai....namun senyumannya telah menggamit aku untuk terus mengenalinya....dia amat manis.......
Aku....akan ada dalam setiap masalah nya...dalam setiap perkara yang difikirkan nya...sehingga aku mengenali setiap inci hidupnya...dia di hatiku.....
Ahhhhhhhhh........harus ada keberanian untuk menghadapi semua ini....pasti ada jalan keluar,,,,bukan semua harus baik2 aja....pasti sesuatu yang jernih bermula dari kekeruhan seperti air sungai yang kotor pasti akan jernih jua bila sampai di lautan luas....aku memandang seperti itu....
Dendam aku hampir terbalas....namun sesudah itu harus kubuktikan pula tentang cinta....mampukah ia terus bercambah...!!!!!
Pastinya....seperti mentari yang terbit setelah malam,,, kuharapkan segalanya ini adalah permulaan kepada sesuatu yang bernama bahagia....InsyALLAH.......

Monday, September 13, 2010

LAWAK JENAKA...

EHWAN DGN 100 AYAM...

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan
kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya
(seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya
untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak
buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan
kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100
ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor
lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan
dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas
dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si
Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang
diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat
si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak
sakit kan?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka
nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."


KISAH SI KOBOI...
Al-Kisah...

Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :

Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".

Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :

Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.
Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.

Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :

Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.

Si Ular Berkata Dengan Tenang :

"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.

Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :

"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke
Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.

Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :

"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!.


MORAL : Masa Kat Sekolah Dulu Tak Ambil Subjek Pendidikan Moral .



Malu sendiri...

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.

NAmun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.

Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.

Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
"HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."JElasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur

"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"

"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna


Kisah 3 pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk
siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan
tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan
untuk
memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2
minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"
Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu
itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini
giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat
jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran
darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya,
nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",
kata
pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.
Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua
sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh
cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku
nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok
idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"
"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak".

Friday, September 10, 2010

TAKDIR CINTA

Ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
kuyakin ada cinta ketulusan hati

yang mengalir lembut
penguasa alam
tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh

pada sumur dosa yang terkutuk
dan menyesatkan cintaku
andaikan ku bisa
lebih adil pada cinta kau dan dia

aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa
biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini

ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh tuhan kuburlah hatiku

Tuesday, September 7, 2010

KISAH HABIL DAN QABIL

Menurut sesetengah ulama, Nabi Adam dan isterinya Hawa dikurniakan Allah dengan anak ramai . Dikatakan mereka mempunyai 120 orang putera puteri . Setiap kali Siti Hawa melahirkan anak pasti akan dikurniakan anak kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan . Menurut peraturan dan syariat Nabi Adam seperti yang dikehendaki Allah , putera puterinya akan dijodohkan antara satu sama lain .

Kembar pertama yang dilahirkan oleh Siti Hawa ialah Qabil dan Iklima. Kembar keduanya ialah Habil dan Labuda . Adik Qabil iaitu Iklima mempunyai rupa paras yang cantik jelita . Namun, Labuda tidak mempunyai rupa paras yang cantik seperti kakaknya .

Setelah putera puteri baginda meningkat dewasa , Nabi Adam mendapat satu wahyu yang sangat penting dari Allah . Menurut wahyu tersebut Allah memerintahkan Nabi Adam menjodohkan putera puterinya secara berselang seli . Ini bermakna Qabil mestilah berkahwin dengan Labuda dan Habil pula berkahwin dengan Iklima. Setelah menerima wahyu itu Nabi Adam segera memberitahu putera puterinya .

Namun puteranya Qabil tidak bersetuju dan terus membantah seraya berkata

Ayah! aku tidak bersetuju dengan keputusan ayah. Akulah yang berhak berkahwin dengan Iklima kerana dia lahir bersama-sama dengan ku”.

Qabil membantah kerana cemburu dengan terhadap adiknya, Habil. Setelah abangnya diam , Habil pula berkata

“ Ayah! Aku serahkan perkara ini kepada Allah jika demikian perintah Allah” . Kata-kata Habil ini membuatkan abangnya itu bertambah marah .

Nabi Adam diam mendengarkan kata anaknya itu . Tapi Qabil terus membantah sambil berkata

Tidak ayah..aku tetap tidak bersetuju…kalau ayah meneruskan juga beerti ayah mengasihi Habil dan membenciku”.

Nabi Adam merasa serba salah dalam menghadapi masaalah menjodohkan anaknya . Setelah berfikir panjang , Nabi Adam pun memberi cadangan

“ Wahai putera-puteraku..kamu berdualah pergi minta keputusan dari Allah dengan membawa korban mu masing-masing . Barang siapa korbannya diterima Allah , maka dia lah yang benar ”

Pada keesokan harinya kedua-dua putera Nabi Adam itu segera pergi ke tempat yang Nabi Adam sering sujud kepada Allah . Qabil membawa sehidang buah-buahan dan tanam-tanamannya yang rosak dan busuk sesuai pekerjaanya sebagai seorang petani. Maka Habil pula membawa seekor kambing yang paling disayanginya sesuai pekerjaannya sebagai pengembala. Kedua-duanya meletakkan korban masing-masing ditempat yang disediakan .

Tidak lama kemudian, turunlah api tanpa asap menyambar korban yang dipersembahkan oleh Habil. Korban Qabil langsung tidak terusik dan berada di tempatnya . Ini bererti korban Habil diterima dan Habil lah yang benar dan dialah yang patut berkahwin dengan Iklima .

Keputusan dari Allah ini tidak juga membuat Qabil berasa puas malah dia semakin geram dan dendam terhadap adiknya .

Di saat inilah iblis mula menusukkan jarumnya. Iblis mula menghasut Qabil agar membunuh Habil dan menghapuskannya terus dari muka bumi ini.

Dengan keputusan dari langit yang menerima korban Habil dan menolak korban Qabil maka pudarlah harapan Qabil untuk mempersandingkan Iqlima tidak puas dengan keputusan itu namun tidak ada jalan untuk menyoalkan. Ia menyerah dan memerainya dengan rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam terhadap Habil yang akan dibunuh di kala ketiadaan ayahnya.

Ketika Adam hendak berpergian dan meninggalkan rumah beliau mengamanahkan rumahtangga dan keluarga kepada Qabil. Ia berpesan kepadanya agar menjaga baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama ketiadaannya. Ia berpesan pula agar kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga terpelihara baik-baik jangan sampai terjadi hal-hal yang mengeruhkan suasana atau merosakkan hubungan kekeluargaan yang sudah akrab dan intim.

Qabil menerima pesanan dan amanat ayahnya dengan kesanggupan akan berusaha sekuat tenaga menyelenggarakan amanat ayahnya dengan sebaik-baiknya dan sempurna berpergiannya akan mendapat segala sesuatu dalam keadaan baik dan menyenangkan. Demikianlah kata-kata dan janji yang keluar dari mulut Qabil namun dalam hatinya ia berkata bahawa ia telah diberi kesempatan yang baik untuk melaksanakan niat jahatnya dan melepaskan rasa dendamnya dan dengkinya terhadap Habil saudaranya.

Tidak lama setelah Adam meninggalkan keluarganya datanglah Qabil menemui Habil di tempat penternakannya. Berkata ia kepada Habil:

"Aku datang ke mari untuk membunuhmu. Masanya telah tiba untuk aku lenyapkan engkau dari atas bumi ini."

"Apa salahku?" tanya Habil. Dengan asalan apakah engkau hendak membunuhku?"

Qabil berkata:"Ialah kerana korbanmu diterima oleh Allah sedangkan korbanku ditolak yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang cantik dan molek itu dan aku harus mengahwini adikmu yang buruk dan tidak mempunyai gaya yang menarik itu."

Habil berkata: "Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima korbanku dan menolak korbanmu? Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yang diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan? Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan! Kawalah perasaanmu dan fikirlah masak- masak akan akibat perbuatanmu kelak! Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa yang menyerahkan dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni. Adakah mungkin sesekali bahawa korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yang telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari perternakanku yang paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dengan tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah.

Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang telah dibisikkan kepadamu oleh Iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diredhainya.Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku."

Nasihat dan kata-kata mutiara Habil itu didengar oleh Qabil namun masuk telinga kanan keluar telinga kiri dan sekali-kali tidak sampai menyentuh lubuk hatinya yang penuh rasa dengki, dendam dan iri hati sehingga tidak ada tempat lagi bagi rasa damai, cinta dan kasih sayang kepada saudara sekandungnya. Qabil yang dikendalikan oleh Iblis tidak diberinya kesempatan untuk menoleh kebelakang mempertimbangkan kembali tindakan jahat yang dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengkin didalam dadanya mulai akan padam dikipasinya kembali oleh Iblis agar tetap menyala-yala dan ketika Qabil bingung tidak tahu bagaimana ia harus membunuh Habil saudaranya, menjelmalah Iblis dengan seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati. Contoh yang diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habil di kala ia tidur dengan nyenyaknya dan jatuhlah Habil sebagai korban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia.

Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya.ia tidak tahu apa yang harus diperbuat dengan tubuh saudaranya yang semakin lama semakin busuk itu. Diletakkannyalah tubuh itu di sebuah peti yang dipikulnya seraya mundar-mundir oleh Qabil dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu tubuh jenazah Habil yang sudah busuk itu.

Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama kerana ditolong oleh suatu contoh yang diberikan oleh Tuhan kepadanya sebagaimana ia harus menguburkan jenazah saudaranya itu.Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri: "Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?"

Kemudian kembalilah Adam dari perjalanan jauhnya.Ia tidak melihat Habil di antara putera-puterinya yang sedang berkumpul. Bertanyalah ia kepada Qabil:

"Di manakah Habil berada?Aku tidak melihatnya sejak aku pulang."

Qabil menjawab: "Entah, aku tidak tahu dia ke mana! Aku bukan hamba Habil yang harus mengikutinya ke mana saja ia pergi."

Melihat sikap yang angkuh dan jawapan yang kasar dari Qabil, Adam dapat meneka bahawa telah terjadi sesuatu ke atas diri Habil, puteranya yang soleh, bertakwa dan berbakti terhadap kedua orang tuanya itu. Pada akhirnya terbukti bahawa Habil telah mati dibunuh oleh Qabil sewaktu peninggalannya.Ia sangat sesal di atas perbuatan Qabil yang kejam dan ganas itu di mana rasa persaudaraan, ikatan darah dan hubungan keluarga diketepikan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu dan bisikan yang menyesatkan.

Menghadapi musibah itu, Nabi Adam hanya berpasrah kepada Allah menerimanya sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniai kesabaran dan keteguhan iman baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabil.

Al-Quran mengisahkan cerita kedua putera Nabi Adam ini dalam surah"Al- Maaidah" ayat 27 sehingga ayat 32

Wallahua’lam

Monday, September 6, 2010

Mee Rebus....


"Mama...Kakak nak mee rebus"....Mak ai..anak aku punya oder...dah pukul 5ptg baru die mintak mee rebus. Memang sebelom tu pon kitaorg sllu beli mee rebus...maybe die suka sgt....
"Ok lah sayang...hari ni Mama yang masak kan ye..."....terus aku start motor...Atira mestilah nak ikot...Pegi kedai Wan ( depan sekolah kebangsaan sungai mas )...beli mee kuning sebungkus,,tauhu,,taugeh,,udang kering,,lada,,daun sup,,limau kasturi,, kemudian g kedai kat simpang papan timur...beli keledek singgit...!!!!
Sampai kat umah kitaorg pon terus masak...Atira ditugaskan potong ekor taugeh..hehehehkkkk
langkah 1=bawang merah+bawang putih+serbuk kari+lada kering+buah keras+udang kering= blender sumenya....pastu tumis dalam periuk!!!!
Langkah2=Rebus kledek then blender....campur dgn tumisan bawang tadi,,,masukkan air,,garam,,ajinomoto,,gula,,asam keping....rasa sampai jadi macam rasa mee rebus yang sedap...!!!!!
Langkah 3= Rebus mee,,(ni asal usul nama mee rebus )
Langkah 4=Goreng tauhu then potong,, bawang goreng,,daun sup,,lada,,limau...
ok siap...
remaks **bleh taruk serai,lengkuas or halia lah...aritu masa aku buat semua benda ni takde kat umah...so tak taruk pon takpe
**Buah keras tu function die nak bagi lemak kan lagi kuah tuh...sbb mmg kita tak pkai santan...
**Mee rebus ni mmg manis sikit....
Ok lah...sapa2 nk cuba mee rebus ni try la buat sendri...tak susah pon kan...ada kala org taruk tetel ke...ayam ke...ataupon udang basah...up to you la nk pelbagaikan camana...
Ataupon sapa2 nk makan mee rebus...datang la umah aku...chow..!!!

Thursday, August 26, 2010

Abah...

Sayu...hati ini makin sayu...
Entah kenapa hari ni hati terasa rindu sgt....rindu pada org2 yg tak mungkin dapat bertemu lagi tapi tetap mendapat tempat dalam hati dan sanubari ini....
Abah....telah lama diri ini tidak mengingatimu...tidak menziarahi pusara mu namun bukan bearti aku tidak lagi menginginkanmu dalam hidupku...mungkin hanya kerna hidup yg semakin hari semakin sibuk...dalam mengejar hal2 duniawi...hari ini aku amat merinduimu...membayangkan betapa bahagianya aku andai masih ada dirimu..pasti Atira lah yang paling gembira...membayangkan layananmu terhadap satu2 nya cucu yang tidak kau lihat dengan mata kepalamu...
Abah...tahukah dirimu Atira sangat ingin bermanja denganmu..dibawanya gambarmu..diciumnya..Atira sangat manja walaupun aku tidak memanjakan nya...dia pandai membawa diri..
Abah...sepeninggalanmu,,,abanglah tempat kami bernaung,,,Tira juga amat manja dengan abang..yang dipanggilnya papa,,namun abah mungkin juga sudah tahu..bahawa abang juga telah meninggalkan kami semua..mengikut jejak abah...meninggalkan kami...anak beranak tanpa tempat bergantung...tapi takpe abah jangan risau...kami tetap tabah...
Abah...disaat aku menulis,,air mata kerinduan menitis satu persatu...harap di Bulan Ramadhan ini abah mendapat Rahmat dariNya,,mungkin abah juga sering memerhatikan aku dan Atira...Aku, Atira dan Mak amat menyayangi abah...sampai bila2...!!!

Thursday, August 19, 2010

Merdeka 31 Ogos atau 16 September...???


Ade pihak menghujahkan Hari Merdeka sepatutnya 16 September...sebab,,,pada tarikh itulah Malaysia dibentuk yakni dengan kemerdekaan Sabah dan Sarawak...padahal Tanah Melayu telah merdeka pada 31 Ogos...tapi bagaimana dengan 17ogos iaitu hari kemerdekaan Indonesia,,,kaitan nya ialah sewaktu belum merdeka PKMM dan KMM memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu berserta dengan Indonesia sebagai nusantara tetapi dengan sebab2 pengaruh bintang tiga di tanah melayu yg memaksa kedatangan semula british bagi meneruskan penjajahan Inggeris maka Indonesia lebih dahulu merdeka berbanding Tanah Melayu,,,dan apabila Sabah dan Sarawak juga merdeka maka mereka bergabung dengan Tanah Melayu sebagai satu negara bernama Malaysia.....hehehehh,,agak rumit juge kisah sejarah nih...
Jadi,,jika sebelum ini bulan kemerdekaan disambut selama sebulan iaitu 17ogos hingga 16September..( adakah kerana mahu menggenapkan sebulan atau mengambil tarikh kemerdekaan Indonesia itu saya tidak arif...)...tetapi pada tahun ini kabarnya kemerdekaan disambut bermula 31Ogos hingga 16September sebagai kemuncak nya...
Dan,,,persoalan terbesar nya ialah....Cuti Umum nya...harus 31Ogos atau 16September atau kedua2 nya...????heheheh

Tuesday, August 17, 2010

KME lagi...



Banyak dah berubah...aku pon lama tak update blog...bukan ape,,takde idea...hari ni ingat nk active balik membloging,,,tgk la camne...kot2 hangat2 taik ayam...heheheheheh


Azran...bos aku yg hensem tu yg aku cakap nak kawen aritu...tak jadi kawen...ahaksss,,,maknanya free la tuh...bagi sapa2 yg nk apply...borang dah mula diedarkan..hehehheheh..


Perubahan paling besar...Hishamuddin dah berenti,,,berhenti atau diberhentikan ntah la yg mana satu..yg jelas dia sudah tidak bekerja kat sini lagi...tapi mungkin En Yazid tak yakin dgn kerja akaun aku..( maklum la aku kan buta akaun..) dia ambil isam sebagai akaun consultant...maknanya masih ade hubungan la die ngan company nih walaupon secara partime...sampai hari ni dah separuh bulan dia tiada namun masih lom ditetapkan bagaimana die akan bekerja...


Simah dah berenti...dapat sambung belajo kat KLMU..amik nursing,,,kabar terakhir aku dengar die takleh bawak study die...tapi tak tahu la ape citer die skrg...


Idah dah tak keje data entry lagi...dah naik pangkat ler...hehehheh,,,idah jaga cheque...ganti tempat Iza..maklum la iza skrg dah terlebeh makan..perut die buncit..ahaksss....mungking past raya meletop la tuh...Iza keje susun resit ajer...sebabkan medical checkup tiap2 minggu die ade cuti...syok ar die cuti2 malaysia....


Yang keje data entry sekarang ialah Jun...Budak practical...Lawa...slim...tah la Azran syok kat die kot...huhuhuhukkkk


Dulu aku lom citer pasal pengurus baru yg masuk bulan 3...Nor Aini Ismail,,,org lukut,,,hari2 dok ngulang....hmmmm,,,ani yg akan tolong aku buat akaun nanti sebab basam dah takde...harap2 semua berjalan lancar lah....


Tentang bos aku yg aku nak citer dulu...En Yazid tersayang..heheheh,,, sayang la sbb bulan ni gaji kitaorg naik lagi...macam biasa la sbb kan aku keje bahagian akaun jadi aku jarang berurusan ngan die....lain la kalau aku jadi setiausaha sulit die...hehehehhehe


OK lah...dah dulu...tu kesian si Azran mengerjakan printer yg kena petir ari tu...rosak kot....

Tuesday, March 2, 2010

Ape laie nak buek

nak buek po laie la nih,,,buek2 nmbah duit kat bank....po erh...ade idea tak??? Setakat jualan tu dah tak tau nak p tang mana lagi...ye lah,,kang nk bukak kedai bosa2 kang tak tau plak mana nak pasarkan...harap2 ade la sapa2 lagi yg sudi jadi ejen....
Dah tuh,,keje kat kuasa my ni dapat la empat lima ratus...huuuuuu,,,separuh gaji yg dulu, bis nak buat pe laie,,,da nasib...!!!!!huuuuuu,,So...tul2 nk cri idea nih nak buek po laie nak tambah duit poket nih....????idea...idea...idea....
jual ape laie ek yang laku.....??????

Sunday, February 28, 2010

Keje kat Kuasa My

Diam2 dah 2 bulan aku keje sini,,,start bulan satu hari tu...sekarang dah ade 6staff kat sni,, Alhamdulillah semua kepala ok n boleh masuk, takde la rasa bosan sangat...aku jaga bahagian akaun ( ganti Iza yg kini ganti Hassan) Jadi aku kena bekerjasama ngan Basam..Dia ni memang bez..poyo je,,tu yang jadi lauk hari2 tuh..dia punya cakap memang bebual..mmg bez la dok nyakat die hari2...tu yang kalau die takde tu boreing tu sbb takde sapa2 nk ngutuk.....hahahahah, jadah tul...kat sini mane leh ngumpat lebih2...nak mampos...hahahhahaha..
Staff lain,, Azran...hensem jugek...nak kawin da bulan mei nih,,,die ni kira bos kecik la dalam opis nih..tp gaji die beso..huhuhu...anak sedara bos besar n ahli lembaga pengarah kuasa mai...Anak En. Ahad...( pengurus kedai hardware kat bawah nih) Boleh la jugek open minded n slalu blur...hehheheh
Aniza,,kira otai la...da 8 bulan ( kira lama tuh) keje kat sini...aku amik alih tugas die tp lbih teruk sikit sbb mase dia dulu takde la sibuk2 buat income tax punya keje..baik budaknya,,kini dia jadi downline aku...jual tudung aku le kat umah die...aku ckp buleh la buat die tambah2 wit belanja...aku bg dia harga tolak...tu dia dah mula syok meniaga...
Staff lain nama idah...die sambung keje aku masa mula2 masuk sni...keyin kuar masuk buah sawit dari egen ke kilang...aku yang wat format tuh tp lom abis study lagi..camana function die yg sebenarnye...yazid siap beli pc baru untuk hal tuh,,aku budget aku la kena wat keje tuh,,,syok gek tinggal masuk data je...sekali die amik orang baru daaa...tu la nama dia idah tuh....
Then staff yang seterusnyer...nama shima,, anak cik sheh...jaga kat hardware bawah...rupanya cik sheh tu pon ade jawatan kat kuasa my...despatch ( tukang amik cek atau ape2 je kat kilang2 sawit )...shima ni very2 pendiam...sbb muda lgi,, masih tunggu spm....
oke lah...tu lah staf2 kme setakat ni...len kali aku citer pasal bos aku lak...yang nama En. Yazid tuh...hehehheh
Mak membebel je pasal aku masak ketam...tension tul lah,,,
dah hari2 basuh periuk,,hari ni cuma aku tambah lagi satu periuk je...tu pon nak marah,,,arrrghhh tension tul lah,,,
ye la ye la...len kali aku tak beli ketam...
aku ni dah la takleh makan ketam,,mabuk,,
ni pon aku dah rasa puyeng...tambah dgn suara atira yg nyaring,,,eh,,mana plak budak tu,,diam jer....ishhhh....
ahhh penat...penat...
td bru tgk autoshow kat rengit...mcm syok lak tgk accsesories kereta,,,best klau wit byk ek,,,
ahhh mak ni mkin mlmpau plak bebel dier...aku nk kuar lah....huuuhhhh
Dah bulan 2 dah,,,,alhamdulillah.....